Monday 2 January 2012

Misi telah bermula.

.
Bismillahirahmannirahim..alhamdulillah syukur pada ILLAHI,misi yang pertama telah pun selesai. Ana harus mengharungi 5 lagi misi bagi meneruskan kehidupan sebagai pelajar di  university of tarbiyah ini.:)
Sesibuk mana pun kita dengan misi kecermerlangan dalam imtihan dunia  ini, jangan kita lupa pada misi dan tanggungjawab kita untuk menghadapi peperiksaan di hadapan ALLAH nanti.
Peperiksaan di dunia ini menjadi muhasabah kepada kita untuk menghadapi peperiksaan di alam kubur satu masa nanti.
Apabila hendak Berjaya dalam imtihan dunia, kita perlu belajar dan berusaha bersungguh-sungguh..sesungguhnya kejayaan  yang akan dianugerahkan oleh ALLAH SWT bergantung kepada usaha seseorang itu..
Imtihan dunia menjadi muhasabah kepada kita untuk menghadapi imtihan di alam kubur..di dunia, sesiapa yang berusaha keras akan mendapat kecemerlangan,tapi bagaimana untuk cemerlang dalam imtihan akhirat??
Untuk menjawab soalan-soalan yang akan ditanya  di alam kubur kita haruslah mempersiapkan diri  di dunia ini iaitu melaksanakan ibadah kepada ALLAH SWT…menuntut ilmu adalah wajib terutamanya ilmu fardhu ain,yang mendekatkan kita dengan ALLAH SWT, sebagai khalifah di muka bumi kita mesti mengikut hukum-hukum ALLAH.
soalan-soalan yang bakal ditanya di alam kubur:
1) " SIAPAKAH TUHANMU ?
"= Manusia yg beriman akan segera menjawab tanpa rasa takut ,  " ALLAH TUHANKU "
   Selain dari yang beriman tidak akan dapat menjawab apa-apa .  Lalu dipukul dan dipalu .Dia akan terus ditanya dan terus dipukul  dan dipalu hingga hari Kiamat


2)" SIAPAKAH NABIMU ? "= Manusia yg beriman akan segera menjawab dengan bangganya ,
" MUHAMMAD S.A.W. ADALAH NABIKU "= Selain dari yang beriman tidak mampu menjawab soalan tersebut kerana semasa hayatnya dia telah mempersendakannya .Lalu dia akan dipelangkong tanpa henti .


3)" APAKAH AGAMAMU ? "= Manusia yg beriman akan segera menjawab dengan tanpa malu ," ISLAM AGAMAKU "= Selain dari yang beriman tidak mampu menjawab soalan tersebut kerana semasa hayatnya dia tidak memperjuangkan Agama Islam .Maka dia akan terus dipukul
dengan tiada belas kasihannya .
4)" APAKAH KIBLATMU ? "= Manusia yg beriman akan segera menjawab ," BAITULLAH KIBLATKU " = Selain dari yang beriman tidak mampu menjawab soalan tersebut kerana semasa
dia hidup ,dia tidak menunaikan solat dan lupa kepada ALLAH .

5)" SIAPAKAH IMAMMU ? "= Manusia yg beriman akan segera menjawab dengan rasa tenang ," AL-QURAN IMAMKU "= Selain dari yang berimantidak mampu berbuat apa-apa melainkan menangis dan meraung kerana semasa hayatnya , Segala panduan dan isi yang terkandung
di dalamnya dia perlekehkan .Maka dia akan segera dilibas , dipukul bertalu-talu .

6)" SIAPAKAH SAUDARAMU ? "= Manusia yg beriman akan segera menjawab dengan ikhlas ," SEKALIAN MUSLIMIN DAN MUSLIMAT ADALAH SAUDARAKU "
= Selain dari yang beriman akan berbohong mangatakan" semua org islam adalah saudaranya "
dan dia akan terus dipukul lagi kerana berbohong .Semasa hayatnya ,dia lebih suka bersaudarakan  mereka yang memusuhi agama Allah , musuh Allah .

7)" APAKAH KALIMAH YG KAMU BAWA BERSAMA-SAMA DENGANMU ? "
= Orang2 yg beriman dengan yakin akan menjawab ,
" LAA ILAA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH "
= Adapun orang-orang yang munafiq  dan orang-orang yang ragu dalam kepercayaan mereka ,
maka jawab mereka ,
" AKU TIDAK TAHU APA2 .AKU DENGAR ORG RAMAI MENGATAKAN BEGITU , BEGINI LALU KU UCAPKAN PULA ".
Maka , dengan itu ,dia tidak akan dapat  menyelamatkan dirinya dari seksa dan azab kubur .

Orang-orang yg beriman ,akan terselamat dari seksa dan azab kubur ,dan akan disuruh untuk tidur .” Kami sudah tahu bahawa kamu betul-betul beriman dengannya .Kerana itu tidurlah dengan nyenyak .”

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu ,inilah dia suatu dugaan yang paling besar .
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh , sehingga sampai satu masa kelak ,kamu akan dibangunkan semulauntuk berkumpul di Padang Mahsyar .

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA ,bahawasanya mati ini adalah benar ,soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar ,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar ,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar ,
dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar ,minum di kolam air nabi adalah benar ,
ada syurga dan neraka adalah benar .
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya ,begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula  orang-orang yang di dalam kubur .

Alam barzkah ialah alam kehidupanselepas mati sementara menunggu tibanya kiamat .
Firman Allah (bermaksud):
“Dan di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka akan tinggal menetap padanya)
hingga hari mereka dibangkitkan semula (iaitu pada hari kiamat)”.
(Surah al-Mukminun, ayat 100)
Ingatlah wahai sahabat-sahabat saying..peperiksaan yang sebenar dan terbesar adalah peperiksaan apabila berhadapan dengan ALLAH…