Saturday 12 April 2014

BERSYUKURLAH SAAT DIUJI

Bismillahirahmanirahim.... alhamdulillah... mood menulis mai lagi..hihi.. nak sambung sikit pasal rezeki.. saya ingin berkongsi satu kisah duka.. ujian Allah kepada hambanya adalah tanda bahawa DIA sangat menyayangi hamba-hambaNYA.. Diri ini sangat bersyukur kerana diuji dengan episod duka yang lalu.. sebelum ni saya hanya dengar kes-kes sebegini daripada surat khabar, teman-teman.. tetapi tidak disangka terjadi kepada diri sendiri.. saya bukan nak meraih simpati... tapi untuk berkongsi.. nak ingatkan bahawa ALLAH tidak pernah jauh <3 Nak taw kes apa??? PECAH RUMAH... selepas ja tamat intership di Kolej Universiti Insaniah, saya bekerja sambilan sebagai cikgu tadika.. alhamdulillah.. memang seronok sangat, dikelilingi dengan si comel.. Ya Allah.. tenang sangat, smua comel-comel.. tetiba rindu sangat!..touching.. (!^^) tadika ni jauh daripada rumah.. sebab tu kena dok rumah taska. Kat rumah tu ada lagi sorang pekerja yang tinggal.. kiranya kami berdua ja.. terus ke cerita asal.. malam tu ingat lagi 30.11.2013.. selalunya kalau dengar bunyi atau orang lalu saya cepat ja terjaga. tapi entah kenapa malam tu langsung tak sedar apa-apa.. mungkin ALLAH nak tunjuk,selamatkan saya atau ajar saya sesuatu malam tu.. jam 4 pagi saya tetiba dikejut oleh housemate.. " akak, bangun.. pintu rumah kita terbukak luas kak,rasa macam orang pecah masuk!" saya masih tak percaya, "mungkin adik lupa nak kunci kot semalam" kata saya bagi menyedapkan hati.. " tapi ada dompet atas meja kak, dompet tu terbuka, cuba kak cek" saya pun terus la ke meja tu.. tengok-tengok.. Ya Allah, dompet aku.. habis semua duit dia sapu.. alhamdulillah yang lain ada lagi cuma duit ja dia ambik.. buka setakat tu.. hati ni rasa makin berdebar, terus meluru ke bilik nak tengok apa lagi yang hilang, Ya Allah.. satu lagi ujian untuk saya.. Laptop!!!!.. dah xda.. ohhhh.. housemate saya hilang henset.. pagi tu jugak terus call 999... debaqq sangat,tak taw nak fikir apa dah.. automatik 3 angka tu muncul dalam kotak fikiran ni.. saya fikir mungkin sempat lagi untuk kejar pencuri tu.. tapi rupanya tak dapat pun.. tak apa lah,ni adalah ujian untuk diriku.. memang fobia dan sedih sangat, tapi saya pasti Allah ada perancanganNYA yang tersendiri.. adakah duit dan laptop saya tu adalah rezeki si pencuri?? ya.. mengikut pengarang tafsir al-quran asy-sya'rawy.. rezeki adalah apa saja yang memberi manfaat kepada seseorang.. "Rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya,sama ada halal ataupun haram,sama ada baik ataupun buruk" mungkin dalam fikiran kita selama ni, rezeki adalah sesuatu yang baik-baik saja.. tapi rezeki tersebut adalah haram.. kerana mengambil hak orang lain tanpa pengetahuannya.. ALLAH memberi rezeki kepada hamba-hambaNYA.. adakah kita bersyukur ataupun tidak?? ALLAH mahu kita tahu menguruskan rezeki tersebut dengan mencari yang halal.. tapi ada yang tidak tahu bersyukur dan tidak mencari rezeki dengan cara yang halal. mereka memilih cara yang haram untuk mendapatkan rezeki.. dengan cara ini, mereka tidak akan mendapat keberkatan dalam memiliki rezeki.. ALLAH MAHA MENGETAHUI atas setiap yang berlaku,, kita perlu redha, bersyukur dan memcari hikmah pada setiap kejadian yang berlaku ALLAH pasti akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.. percayalah.. ALLAH maha adil.. BERSYUKURLAH SAAT DIUJI.. ALLAH TIDAK PERNAH JAUH :)

No comments:

Post a Comment