Wednesday 9 April 2014

milik siapa rezeki itu?

Bismillah Allahuakbar..Allahumma solli a'la sayyidina muhammad... Ya Allah... lamanya tak update blog ni..terketar ketar tangan dok menaipnya ni..huu. ('^^) huh... macam-macam cerita nk kongsi ni.. kan lama x bersua..nk mula yang mana dulu eh?? hehe... iya-iya jaaa... Hmmm.... apa kata, kita mulakan coretan kita tentang REZEKI.. rasa kekok pulak lama tak menulis ni.. setahun lebih dah.. bak kata sahabat saya na...ceq oii napa lama benor tak update blog ni..hehe ..rasa diri ini terleka jauh dari Sang Pencipta.. Allahurobbi.. hari ini cuba untuk kembali menulis.. Allah kurniakan rezeki ilham pada pagi ni.. alhamdulillah REZEKI... luas makna dan tafsirannya... tp milik siapakah rezeki itu?? adakah milik kamu.. saya.. awak..dia..atau kita semua??? ALLAH..Dia adalah pemilik rezeki.. yang Maha memberi rezeki.. nikmat dan keberkatan kepada kita.. berbalik kepada ayat suciNYA.. "kami tidak meminta rezeki kepadamu,kamilah yang memberi rezeki kepadamu; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa" (thaha 20:132)sebagai orang mukmin yang sejati.. kia kena sentiasa bersyukur dan menghargai rezeki yang diberikan.. dan kita seharusnya menjadi hamba yang bertaqwa.. apabila saya mula menyentuh buku yang ditulis oleh Fathuri Salehuddin iaitu mudahnya menjemput rezeki persepsi saya terhadap rezeki berubah.. ALLAH...banyak hal kita hanya fikir melalui akal logik sahaja.. sedangkan kehidupan kita telah dipandu oleh sebuah kitab yang mulia iaitu Al Quran.. yang diturunkan oleh Allah kepada khalifah di muka bumi ini.. apabila di sebut ja pasal rezeki kita hanya nampak yang zahir ja..makanan..material.. rezeki ni bukan sekadar yang nampak di mata ja.. keupayaan kita untuk bekerja mencari duit juga adalah rezeki.. keupayaan untuk kita menjadi seorang pelajar juga adalah rezeki.. kadang-kadang rezeki kita belum tentu milik kita.. contohnya..kita kita bawa bekal air ke kelas.. tp tiba-tiba kawan kita minta nak kongsi air tu.. padahal kita yang bawa.. tentu la jadi hak milik kita..itu kata kita.. tapi hakikatnya milik kita bukanlah semua rezeki kita... rupanya separuh lagi air tu rezeki kawan kita tu.,. ni lah serba sedikit perkongsian tentang rezeki.. ingat.. rezeki itu milik ALLAH.. DIA berhak kurniakan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNYA.. nak taw lagi pasal rezeki?? dapatkan buku Mudahnya Menjemput Rezeki daripada Fathuri Salehuddin.. hehe.. pasti akan mengubah persepsi anda tentang rezeki.. wallahua'llam..ma'assalamah illaliqa'.. hehe..assalamualaikum.. moga dapat sesuatu.. :)

No comments:

Post a Comment